Soalan: Imam membaca ayat-ayat al-Quran selepas membaca surah
al-Fatihah. Adakah makmum perlu diam dan mendengar bacaan imam atau membaca
surah al-Fatihah sedangkan imam sudah membaca secara jahar (kuat) sebelum itu?
Jawapan: Perkara ini khilaf oleh para ulamak. Sebahagian
berpendapat makmum perlu diam bersandarkan firman Allah, “Dan apabila al-Quran
itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat
ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (al-A’raaf: 204).
Manakala dalam tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas menyebut bahawa ayat ini khusus
untuk solat-solat fardu dan tidak dituntut di luar solat.
Sebahagian
yang lain berpendapat makmum wajib membaca surah al-Fatihah berasaskan sabda
Nabi SAW,
“Tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah.”
(H.R. Bukhari)
Justeru,
para ulamak menyimpulkan bahawa solat yang bacaannya jahar (kuat) ketika
membaca surah al-Quran selepas membaca al-Fatihah, makmum tidak perlu membaca
al-Fatihah. Hanya mendengar sahaja apa yang dibaca oleh imam. Namun, solat
secara sir (bacaan senyap), wajib bagi makmum membaca surah al-Fatihah pada
setiap kali solat. Sekiranya imam diam sebentar di antara bacaan surah
al-Fatihah dan surah selepasnya, maka makmum boleh membaca al-Fatihah. Jika
imam meneruskan bacaan, makmum boleh berhenti di tengah-tengah surah al-Fatihah
dan mendengar bacaan imam. Imam membaca untuk makmum mendengar, jika sama-sama
membaca, siapa yang mahu mendengar bacaan imam?
Namun
dalam mazhab Syafie, Fatihah wajib dibaca juga bersandarkan hadis Nabi SAW,
“Tidak memadai solat yang tidak dibaca padanya surah al-Fatihah.”
(HR Ibnu
Hibban)
Wallahua'lam bis sawab...
Comments
Post a Comment