Soalan: Minyak masak di rumah saya sering dimasuki serangga
seperti semut dan lalat. Bolehkah saya menggunakan minyak tersebut? Bagaimanakah
cara membuangnya? Adakah masih suci sekiranya saya membuang serangga tersebut?
Jawapan: Menurut jumhur, bangkai binatang yang tidak ada darah
mengalir seperti semut dan lalat tidak najis. Namun, mazhab Syafie mengatakan
ia najis dan dimaafkan kerana kesukaran untuk mengelak daripadanya. Nabi SAW
bersabda:
“Apabila lalat terjatuh di dalam bekas air kamu, maka celupkan ia
ke dalam air itu kemudian buanglah lalat itu. Ini kerana pada sebelah sayapnya
ada racun dan sebelah lagi ada penawar.”
(HR Bukhari dan Abu Daud)
Difahami daripada
hadis ini jika lalat itu najis, Nabi SAW tidak akan menyuruh kita
mencelupkannya ke dalam air. Tentu Baginda SAW akan memerintahkan supaya air
itu dibuang. Oleh kerana Nabi SAW tidak memerintahkan agar air dibuang, maka
itu bermakna bangkai lalat tidak najis. Kalau ia dikatakan najis, maka najisnya
dimaafkan.
Wallahu a'lam bis sawab.
Comments
Post a Comment