Skip to main content

PADAH RIBA TIADA BERTEPI



Ketegasan pengharaman dan balasan akibat mengamalkan riba telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis dengan jelas. Antaranya ialah;

1)      Pemakan dan pemberi riba memerangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang kepada Allah dan Rasul-Nya.” 
(al-Baqarah: 278)

2)      Kehilangan keberkatan pada harta dan kehidupan.

Allah SWT berfirman, “Allah akan menghancurkan keberkatan kerana mengamalkan riba dan menambahkan keberkatan dari sedekah.” 
(al-Baqarah: 276)

3)      Dibangkitkan seperti orang gila

Allah SWT berfirman, “Orang-orang yang memakan riba tidak akan dibangkitkan (di hari kiamat) kecuali seperti orang gila yang disampuk oleh syaitan.” 
(al-Baqarah: 277)

4)      Seperti berzina dengan ibu sendiri

Nabi SAW bersabda, “Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.” 
(H.R. Ibn Majah dan al-Hakim)

5)      Allah melaknat pemberi dan penerima riba

Nabi SAW bersabda, “Allah SWT melaknat sesiapa yang memberi dan menerima wang Riba.” 
(H.R. Muslim)

6)      Lebih berat dari 36 kali zina.

Nabi SAW bersabda, 
“Satu dirham riba  yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali.” 
(Musnad Ahmad)

7)      Salah satu dari tujuh dosa besar

Rasulullah SAW bersabda, “Jauhilah tujuh dosa besar; 
1) syirik, 
2) sihir, 
3) membunuh tanpa hak, 
4) makan harta anak yatim, 
5) makan riba, 
6) lari dari medan peperangan (kerana takut) 
dan 7) menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi yang adil).” 
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Justeru, sebagai umat Islam kita perlu berhati-hati dalam setiap urusniaga. Pelajarilah ilmu asas tentang riba dan bentuk-bentuknya dalam konteks semasa. Semaklah diri dan uruslah kewangan dengan sebaiknya. Untung di dunia tidak berguna jika siksa galang gantinya ialah seksaan di akhirat.


Wallahu a'lam bis sawab. 

Comments

  1. KDFBET: Online casino no deposit bonus codes, free bets
    KDFBET casino free 인카지노 bets No deposit bonus codes, free bets, online casino bonuses. KDFBET 온카지노 has a long-standing reputation among online 1xbet korean betting

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FENOMENA “MABRUK”

Assalamualaikum, salam Jumaat. Menyuburkan kembali dan melazimkan penggunaan bahasa Arab hari ini merupakan perkembangan yang sangat baik. Sementelah bahasa Arab ialah bahasa al-Quran, bahasa teras di dalam agama Islam. Cuma terdapat kesilapan yang sering berlaku dan menjadi ikutan para pengguna Bahasa Arab ketika mahu menyampaikan ucapan tahniah iaitu, mereka selalu mengucapkan “mabruk” (مبروك). Sedangkan penggunaan kalimah yang lebih tepat ialah "mubarak 'alaikum" (مبارك عليكم), atau "mubarak 'alaik" (مبارك عليك). Menurut kamus Mu’jam al-Wasit, kalimah asal “mabruk” (مبروك) ialah “baraka” (برك) yang bermaksud (ثبت وأقام) iaitu (duduk tetap, atau berdiri/bangun). Oleh itu, penggunaan ungkapan “mabruk” kepada seseorang bermaksud engkau telah “terduduk” atau dalam bahasa kasar juga boleh bermaksud “padan muka engkau”. Manakala penggunaan yang tepat “mubarak 'alaik” bermaksud “semoga keberkatan sentiasa memayungimu.” KESIMPULAN  Justeru...

DI MANA DARJAH KEISLAMAN KITA?

Assalamualaikum, salam Jumaat. Seorang Muslim belum tentu Mukmin , seorang Mukmin belum tentu Muhsin dan Mukhlis . Namun, seorang Muttaqin sudah tentu Muslim , Mukmin , Muhsin , dan Mukhlis . Siapakah yang dikatakan Muttaqin ini dan mengapa setiap Muslim harus berusaha mencapai darjat Muttaqin ? Apakah hubungkaitnya dengan akidah dan amalan ibadah seorang hamba? Mari bersama telusuri lima darjat seorang manusia yang memeluk agama Islam. 1. MUSLIM Perkataan Islam merupakan isim (kata nama) yang bermaksud agama Islam atau agama yang sejahtera. Muslim pula ialah orang yang beragama Islam dan menyerah diri serta tunduk kepada Allah SWT. Apabila seorang manusia telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan berikrar Islam sebagai agamanya, bermakna dia sudah menerima segala kewajipan dan hak yang telah digariskan Islam seperti mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan menunaikan haji jika berkemampuan. Firman Allah SWT, “Wahai Tuhan k...

MINYAK MASAK DIMASUKI SERANGGA

Soalan: Minyak masak di rumah saya sering dimasuki serangga seperti semut dan lalat. Bolehkah saya menggunakan minyak tersebut? Bagaimanakah cara membuangnya? Adakah masih suci sekiranya saya membuang serangga tersebut? Jawapan: Menurut jumhur, bangkai binatang yang tidak ada darah mengalir seperti semut dan lalat tidak najis. Namun, mazhab Syafie mengatakan ia najis dan dimaafkan kerana kesukaran untuk mengelak daripadanya. Nabi SAW bersabda:  “Apabila lalat terjatuh di dalam bekas air kamu, maka celupkan ia ke dalam air itu kemudian buanglah lalat itu. Ini kerana pada sebelah sayapnya ada racun dan sebelah lagi ada penawar.”   (HR Bukhari dan Abu Daud) Difahami daripada hadis ini jika lalat itu najis, Nabi SAW tidak akan menyuruh kita mencelupkannya ke dalam air. Tentu Baginda SAW akan memerintahkan supaya air itu dibuang. Oleh kerana Nabi SAW tidak memerintahkan agar air dibuang, maka itu bermakna bangkai lalat tidak najis. Kalau ia dikatakan najis, maka naj...