Soalan: Ada pendapat yang mengatakan tidak sah solat orang yang menunaikan solat di rumah sedangkan dia tinggal berhampiran dengan masjid. Benarkah?
Jawapan: Pendapat ini tidak benar kerana solat sah dilakukan di mana-mana sahaja selagi kebersihan tempat solat terjamin.
Sabda Rasulullah SAW,
Ulamak Syafie mengatakan ‘tiada solat baginya’ dalam kalimah di atas bermaksud tidak sempurna solat seseorang dan bukanlah tidak sah solat tersebut. Pahala seseorang yang menunaikan solat di rumah tidak sama dengan menunaikan solat di masjid. Rugi bagi orang yang mensia-siakan peluang pahala ini.
Jawapan: Pendapat ini tidak benar kerana solat sah dilakukan di mana-mana sahaja selagi kebersihan tempat solat terjamin.
Sabda Rasulullah SAW,
“Sesiapa yang mendengar azan tetapi tidak mendatangi (masjid), maka tiada solat baginya melainkan sesiapa yang uzur.”
(H.R. Ibnu Majah)
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersuci di rumah, kemudian dia pergi ke salah satu masjid untuk menunaikan solat daripada kewajipan yang telah Allah wajibkan kepadanya, maka setiap langkah tersebut dapat menghapuskan satu dosa dan langkah yang lainnya mengangkat darjatnya.” (H.R. Muslim)
Wallahu a'lam bis sawab...
Comments
Post a Comment