Skip to main content

Posts

PADAH RIBA TIADA BERTEPI

Ketegasan pengharaman dan balasan akibat mengamalkan riba telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis dengan jelas. Antaranya ialah; 1)       Pemakan dan pemberi riba memerangi Allah SWT dan Rasulullah SAW. “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang kepada Allah dan Rasul-Nya.”  (al-Baqarah: 278) 2)       Kehilangan keberkatan pada harta dan kehidupan. Allah SWT berfirman, “Allah akan menghancurkan keberkatan kerana mengamalkan riba dan menambahkan keberkatan dari sedekah.”  (al-Baqarah: 276) 3)       Dibangkitkan seperti orang gila Allah SWT berfirman, “Orang-orang yang memakan riba tidak akan dibangkitkan (di hari kiamat) kecuali seperti orang gila yang disampuk oleh syaitan.”  (al-Baqarah: 277) 4)   ...

JURUWANG DI KEDAI YANG MENJUAL ARAK

Soalan: Sekarang susah hendak mendapat kerja. Baru-baru ini, saya mendapat kerja sebagai juruwang di kedai serbaneka 24 jam dengan tawaran gaji yang baik. Namun, kedai tersebut menjual arak. Adakah duit gaji bulanan saya itu haram? Jawapan: Pekerjaan sebagai juruwang halal tetapi jika kedai tersebut hanya menjual arak, maka hukumnya haram. Namun, jika jualan arak hanya jualan sampingan dan dijual kepada orang bukan Islam maka hukumnya makruh.  Daripada Anas bin Malik r.a.,  “Rasulullah SAW melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak iaitu: (1) pembuatnya,  (2) pengedarnya,  (3) peminumnya,  (4) pembawanya,  (5) pengirimnya,  (6) penuangnya,  (7) penjualnya,  (8) pemakan wang hasilnya,  (9) pembayarnya dan  (10) pembelinya.”  (H.R. at-Tirmizi)  Jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter tatkala itu juruwang turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana dianggap telah...

HUKUM TIDAK BERJEMAAH DI MASJID

Soalan: Ada pendapat yang mengatakan tidak sah solat orang yang menunaikan solat di rumah sedangkan dia tinggal berhampiran dengan masjid. Benarkah? Jawapan: Pendapat ini tidak benar kerana solat sah dilakukan di mana-mana sahaja selagi kebersihan tempat solat terjamin.  Sabda Rasulullah SAW,  “Sesiapa yang mendengar azan tetapi tidak mendatangi (masjid), maka tiada solat baginya melainkan sesiapa yang uzur.”  (H.R. Ibnu Majah) Ulamak Syafie mengatakan ‘tiada solat baginya’ dalam kalimah di atas bermaksud tidak sempurna solat seseorang dan bukanlah tidak sah solat tersebut. Pahala seseorang yang menunaikan solat di rumah tidak sama dengan menunaikan solat di masjid. Rugi bagi orang yang mensia-siakan peluang pahala ini.  Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersuci di rumah, kemudian dia pergi ke salah satu masjid untuk menunaikan solat daripada kewajipan yang telah Allah wajibkan kepadanya, maka setiap langkah tersebut dapat menghapuskan satu dosa da...

BILA PERLU BACA SURAH AL-FATIHAH

Soalan: Imam membaca ayat-ayat al-Quran selepas membaca surah al-Fatihah. Adakah makmum perlu diam dan mendengar bacaan imam atau membaca surah al-Fatihah sedangkan imam sudah membaca secara jahar (kuat) sebelum itu? Jawapan: Perkara ini khilaf oleh para ulamak. Sebahagian berpendapat makmum perlu diam bersandarkan firman Allah, “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (al-A’raaf: 204). Manakala dalam tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas menyebut bahawa ayat ini khusus untuk solat-solat fardu dan tidak dituntut di luar solat. Sebahagian yang lain berpendapat makmum wajib membaca surah al-Fatihah berasaskan sabda Nabi SAW,  “Tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah.”   (H.R. Bukhari) Justeru, para ulamak menyimpulkan bahawa solat yang bacaannya jahar (kuat) ketika membaca surah al-Quran selepas membaca al-Fatihah, makmum tidak perlu...

SAHKAH SOLAT SUBUH TANPA DOA QUNUT?

Soalan: Saya mengalami kesukaran menghafal terutama doa Qunut. Setiap kali solat Subuh saya menjadi keberatan disebabkannya. Setiap kali itu jugalah saya kerap berlakon dengan sujud sahwi. Bagaimana saya hendak atasi masalah ini? Jawapan: Mengikut mazhab Maliki dan Syafie, membaca doa qunut ketika solat subuh adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut dan digalakkan). Qunut dilakukan pada rakaat kedua sebelum rukuk, iaitu selepas membaca al-Fatihah dan surah mengikut mazhab Maliki. Sesiapa yang meninggalkan qunut secara sengaja atau terlupa, maka solatnya tetap sah. Tidak diperintahkan untuk melakukan sujud sahwi. Malah sekiranya melakukan sujud sahwi sebelum salam, maka batal solatnya. Manakala, qunut dilakukan pada rakaat kedua selepas bangkit daripada rukuk, iaitu iktidal mengikut mazhab Syafie. Adapun menurut mazhab Syafie, sesiapa yang meninggalkan qunut Subuh sama ada sengaja atau terlupa, solatnya tetap sah. Namun, disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum atau selepas sal...

MINYAK MASAK DIMASUKI SERANGGA

Soalan: Minyak masak di rumah saya sering dimasuki serangga seperti semut dan lalat. Bolehkah saya menggunakan minyak tersebut? Bagaimanakah cara membuangnya? Adakah masih suci sekiranya saya membuang serangga tersebut? Jawapan: Menurut jumhur, bangkai binatang yang tidak ada darah mengalir seperti semut dan lalat tidak najis. Namun, mazhab Syafie mengatakan ia najis dan dimaafkan kerana kesukaran untuk mengelak daripadanya. Nabi SAW bersabda:  “Apabila lalat terjatuh di dalam bekas air kamu, maka celupkan ia ke dalam air itu kemudian buanglah lalat itu. Ini kerana pada sebelah sayapnya ada racun dan sebelah lagi ada penawar.”   (HR Bukhari dan Abu Daud) Difahami daripada hadis ini jika lalat itu najis, Nabi SAW tidak akan menyuruh kita mencelupkannya ke dalam air. Tentu Baginda SAW akan memerintahkan supaya air itu dibuang. Oleh kerana Nabi SAW tidak memerintahkan agar air dibuang, maka itu bermakna bangkai lalat tidak najis. Kalau ia dikatakan najis, maka naj...

HUKUM BER-FACEBOOK DAN BER-SMS KETIKA KHUTBAH JUMAAT

Soalan: Ketika mendengar khutbah Jumaat, saya kerapkali berasa mengantuk. Bagi mengelakkan terlena, saya mengeluarkan telefon pintar untuk melihat akaun Facebook. Bukankah kita hanya ditegah bercakap ketika khutbah diperdengarkan. Betul ke salah? Jawapan: Ramai yang masih tidak menyedari bahawa perbuatan bermain-main dengan telefon selular sama ada untuk ber-facebook, berbalas email, sms atau sekadar ambil peluang membaca mesej rakan-rakan ketika khatib sedang membaca khutbah akan menghilangkan pahala Jumaat. Malah sesetengah ulama berpendapat ibadah Jumaatnya menjadi solat Zohor biasa. Ini berasaskan hadis Nabi SAW: “Barangsiapa yang berwuduk, lalu memperbaharui wuduknya kemudian ia mendatangi (solat) Jumaat, kemudian (di saat khutbah) dia betul-betul dengar dan diam, maka dosanya akan diampunkan antara Jumaat ini dan Jumaat sebelumnya ditambah tiga hari. Barangsiapa yang bermain-main dengan batu, maka ia benar-benar melakukan hal yang batil (lagi tercela).” (HR Muslim) ...