Ketegasan pengharaman dan balasan akibat mengamalkan riba telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis dengan jelas. Antaranya ialah; 1) Pemakan dan pemberi riba memerangi Allah SWT dan Rasulullah SAW. “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang kepada Allah dan Rasul-Nya.” (al-Baqarah: 278) 2) Kehilangan keberkatan pada harta dan kehidupan. Allah SWT berfirman, “Allah akan menghancurkan keberkatan kerana mengamalkan riba dan menambahkan keberkatan dari sedekah.” (al-Baqarah: 276) 3) Dibangkitkan seperti orang gila Allah SWT berfirman, “Orang-orang yang memakan riba tidak akan dibangkitkan (di hari kiamat) kecuali seperti orang gila yang disampuk oleh syaitan.” (al-Baqarah: 277) 4) ...