Skip to main content

SAHKAH SOLAT SUBUH TANPA DOA QUNUT?

Soalan: Saya mengalami kesukaran menghafal terutama doa Qunut. Setiap kali solat Subuh saya menjadi keberatan disebabkannya. Setiap kali itu jugalah saya kerap berlakon dengan sujud sahwi. Bagaimana saya hendak atasi masalah ini?


Jawapan: Mengikut mazhab Maliki dan Syafie, membaca doa qunut ketika solat subuh adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut dan digalakkan). Qunut dilakukan pada rakaat kedua sebelum rukuk, iaitu selepas membaca al-Fatihah dan surah mengikut mazhab Maliki. Sesiapa yang meninggalkan qunut secara sengaja atau terlupa, maka solatnya tetap sah. Tidak diperintahkan untuk melakukan sujud sahwi. Malah sekiranya melakukan sujud sahwi sebelum salam, maka batal solatnya. Manakala, qunut dilakukan pada rakaat kedua selepas bangkit daripada rukuk, iaitu iktidal mengikut mazhab Syafie. Adapun menurut mazhab Syafie, sesiapa yang meninggalkan qunut Subuh sama ada sengaja atau terlupa, solatnya tetap sah. Namun, disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum atau selepas salam. Jika tidak melakukan sujud sahwi, solatnya tetap sah. 

Comments

  1. kebiasaanya setiap kali solat subuh saya tak baca doa qunut sebab saya tak hafal.Maknanya solat saya tetap sah kan encik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seelok-eloknnya ambil pendekatan menghafal doa Qunut. Kerana Rasulullah saw sendiri membaca doa Qunut ketika solat Subuh.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FENOMENA “MABRUK”

Assalamualaikum, salam Jumaat. Menyuburkan kembali dan melazimkan penggunaan bahasa Arab hari ini merupakan perkembangan yang sangat baik. Sementelah bahasa Arab ialah bahasa al-Quran, bahasa teras di dalam agama Islam. Cuma terdapat kesilapan yang sering berlaku dan menjadi ikutan para pengguna Bahasa Arab ketika mahu menyampaikan ucapan tahniah iaitu, mereka selalu mengucapkan “mabruk” (مبروك). Sedangkan penggunaan kalimah yang lebih tepat ialah "mubarak 'alaikum" (مبارك عليكم), atau "mubarak 'alaik" (مبارك عليك). Menurut kamus Mu’jam al-Wasit, kalimah asal “mabruk” (مبروك) ialah “baraka” (برك) yang bermaksud (ثبت وأقام) iaitu (duduk tetap, atau berdiri/bangun). Oleh itu, penggunaan ungkapan “mabruk” kepada seseorang bermaksud engkau telah “terduduk” atau dalam bahasa kasar juga boleh bermaksud “padan muka engkau”. Manakala penggunaan yang tepat “mubarak 'alaik” bermaksud “semoga keberkatan sentiasa memayungimu.” KESIMPULAN  Justeru...

DI MANA DARJAH KEISLAMAN KITA?

Assalamualaikum, salam Jumaat. Seorang Muslim belum tentu Mukmin , seorang Mukmin belum tentu Muhsin dan Mukhlis . Namun, seorang Muttaqin sudah tentu Muslim , Mukmin , Muhsin , dan Mukhlis . Siapakah yang dikatakan Muttaqin ini dan mengapa setiap Muslim harus berusaha mencapai darjat Muttaqin ? Apakah hubungkaitnya dengan akidah dan amalan ibadah seorang hamba? Mari bersama telusuri lima darjat seorang manusia yang memeluk agama Islam. 1. MUSLIM Perkataan Islam merupakan isim (kata nama) yang bermaksud agama Islam atau agama yang sejahtera. Muslim pula ialah orang yang beragama Islam dan menyerah diri serta tunduk kepada Allah SWT. Apabila seorang manusia telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan berikrar Islam sebagai agamanya, bermakna dia sudah menerima segala kewajipan dan hak yang telah digariskan Islam seperti mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan menunaikan haji jika berkemampuan. Firman Allah SWT, “Wahai Tuhan k...

MINYAK MASAK DIMASUKI SERANGGA

Soalan: Minyak masak di rumah saya sering dimasuki serangga seperti semut dan lalat. Bolehkah saya menggunakan minyak tersebut? Bagaimanakah cara membuangnya? Adakah masih suci sekiranya saya membuang serangga tersebut? Jawapan: Menurut jumhur, bangkai binatang yang tidak ada darah mengalir seperti semut dan lalat tidak najis. Namun, mazhab Syafie mengatakan ia najis dan dimaafkan kerana kesukaran untuk mengelak daripadanya. Nabi SAW bersabda:  “Apabila lalat terjatuh di dalam bekas air kamu, maka celupkan ia ke dalam air itu kemudian buanglah lalat itu. Ini kerana pada sebelah sayapnya ada racun dan sebelah lagi ada penawar.”   (HR Bukhari dan Abu Daud) Difahami daripada hadis ini jika lalat itu najis, Nabi SAW tidak akan menyuruh kita mencelupkannya ke dalam air. Tentu Baginda SAW akan memerintahkan supaya air itu dibuang. Oleh kerana Nabi SAW tidak memerintahkan agar air dibuang, maka itu bermakna bangkai lalat tidak najis. Kalau ia dikatakan najis, maka naj...